Dua Garis Biru
Salam semua pembaca , Ini merupakan coretan pertama untuk blog ini dan ianya bermula dengan dua garis biru .
Bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan merancang untuk hadirkan anak dalam keluarga mereka, garis biru merupan titik permulaan bermulanya perjalanan sorang suami menjadi seorang ayah dan sorang isteri menjadi seorang ibu .
Walaupun perjalanan ayah agak lambat disebabkan janin itu dikandung oleh isteri namun tanggungjawab nya tetap sama. Di sini lah seorang suami perlu memberi lebih perhatian kepada isteri kerana perubahan hormon wanita itu sangatlah tidak menentu ketika dia sedang hamil.
Perkara kedua terpenting ketika ini jugak untuk suami menenang kan isteri dan memberi jaminan bahawa dia tidak keseorangan dalam hal ini . Apa yang terjadi kepada kami adalah, dua dua "blank" dan xleh "brain".
Seterusnya ialah pergi ke klinik kesihatan samada kerajaan atau swasta untuk buat pengesahan kehamilan dan buka buku pink . Kalau bercadang hendak ke klinik kesihatan kerajaan(KK) pastikan buat temujanji dan periksa KK mana korang perlu pergi. Macam kes kami, kitaorang stay dekat damansara tapi kitaorang xleh boleh buat buku di KK Kota Damansara tp perlu ke KK kelana Jaya . So double check before go untuk elakkan banyak masa terbuang .
Tujuan buku pink adalah untuk menyimpan butiran sepanjang ibu mengandung , tarikh2 temujanji dan butiran janin sepanjang dia dalam perut ibu .
Jururawat akan tanya beberapa soalan seperti
1. Bila tarikh last period
2. Dah berapa kali buat ujian kehamilan
3. Sejarah keluarga terutama kes kencing manis, darah tinggi dan jantung
4. Anak keberapa ? selalu nya ibubapa yang panik cikit nie anak pertama ja.
Setakat itu dulu untuk kali ini , insyaAllah akan kongsi lebih banyak di coretan2 seterusnya.

Ulasan
Catat Ulasan